Mengurangkan Peratusan Penghidap Kanser Perut

Garam Buluh Mengurangkan Peratusan Penghidap Kanser Perut di Jepun


Tanda-Tanda
Kurang Selera makan, berat badan menurun, anaemia ( kurang darah ).

Sakit perut, loya, muntah ( terdapat bijian kecil atau cecair kelabu disebabkan perubahan dalam darah ).

Jika perut ditekan, akan terasa ada ketulan, bengkak leher dan saraf limfa. Sekirany semua tanda-tanda ini berlaku, jangkitan sudah berusia 1-2 tahun.

Kanser perut tiada tanda awal. Ambil langkah “Kesan awal, rawat segera”. Apabila timbul tanda-tanda, segara dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.

Punca
Punca kanser perut tidak jelas. Tiada hubungan jelas berhubung pemakanan ataupun cara hidup. Di Jepun ramai penghidap Kanser Perut, 3 kali lebih ramai daripada Amerika.
Penghidap selalunya berusia dalam lingkungan 45 – 60 tahun.

Cara rawatan

Rawatan secara intensif di Hospital. Pembedahan untuk membuang organ kanser akan dilakukan susulan daripada itu adalah terapi kawalan pembiakan sel kanser. Kesan sampingan seperti loya dan sakit kepala yang teruk akan dihadapi oleh pesakit.

Terapi yang garam buluh yang disyorkan adalah, makan 30 hirisan bawang putih bersama garam buluh. Bawang putih dihiris atau dibelah kepada bahagian yang kecil, digoreng bersama kulitnya kemudian makan bersama garam buluh. (Skala 10 hirisan :10-20g). Atau amalkan meminum Bamboo salt  bersama Hai-O Garlic.

Merawat Hepatitis Yang Serius

Bamboo salt Mampu Membantu Merawat Hepatitis Yang Serius

Tanda-Tanda
Selepas tanda-tanda seperti selsema atau keracunan makanan muncul, pesakit akan demam secara tiba-tiba dengan suhu mencapai 38oC secara tiba-tiba. Selepas 2-3 hari suhu kembali normal, namun tanda-tanda seperti muntah, mual, kurang selera makan, sakit kepala, insomnia dan keletihan akan kelihatan.

Pada hari kedua, badan akan menjadi kuning ( Penyakit Kuning/Jaundis ). Muntah, sakit kepala dan keletihan akan semakin berkurangan.

Penyakit kuning juga akan hilang selepas 3-4 minggu dan tanda-tanda yang disebutkan tadi juga hilang.

Terdapat juga sebilangan pesakit yang menghidapi penyakit ini sehinga 2-6 bulan. Pada masa ini, hati dan limpa akan bengkak.

Pada permulaan hepatitis, warna air kencing akan menjadi gelap dan berbuih-buih. Selain itu ada juga pesakit tidak mengalami sebarang symptom penyakit kuning, dia tiba-tiba pengsan selepas mengalami sakit kepala yang teruk, muntah darah dan suhu badan tinggi. Sekiranya tidak dirawat dengan baik, selepas 10 hari hingga beberapa bulan pesakit akan meninggal dunia. Hepatis yang muncul selepas mengalami symptom selama 10 hari dipanggil Hepatitis B. Sekiranya tanda seperti penyakit kuning, bengkak hati, fungsi hati terhalang berterusan melebihi 4 bulan, dan symptom muncul berulang kali, ianya adalah Hepatitis A.

Punca
Hepatis terbahagi kepada Hepatitis A dan Hepatitis B. Keduanya berpunca daripada virus yang memasuki badan.

Virus ini menjangkiti akibat kurangnya amalan kebersihan. Penghidap penyakit ini kebiasaannya berusia dalam lingkungan 5-10 tahun dan diantara 20-30 tahun.

Hepatitis B merupakan penyakit yang disebabkan oleh transfusi darah ( Blood Transfusion ) atau suntikan yang membawa virus memasuki badan.

Cara Rawatan
Rehat dan zat yang tinggi merupakan komponen penting dalam rawatan. Penghidap penyakit ini walaupun tidak serius wajib berehat selama ½ bulan. Berehat sepenuhnya, sekiranya tidak, sukar untuk menyembuhkannya.

Selepas 2 minggu, badan pesakit akan kembali normal. Pesakit perlu berbaring selepas makan selama 2 jam dan tempoh sekurangnya ½ tahun. Pesakit juga tidak boleh melakukan kerja berat dan sibuk. Berehat ditempat yang sunyi 1 jam selepas makan.

Selepas 10 hari jangkitan, makanan utama yang disyorkan adalah yang mengandungi glukosa yang tinggi, biasanya adalah bubur, susu, telur, ikan, tauhu, ambil 50g protein kurang lemak setiap hari.

Ambil 2 gelas bamboo salt Pagi dan Malam atau boleh juga dijadikan amalan minuman harian. Kesan dapat dilihat dalam masa seminggu. Pesakit haruslah mengawal makan, dengan pengambilan makanan yang tidak membebankan sistem penghadaman.

Merawat Gastrik dan Ulser

Merawat Gastrik dan Ulser dalam Duodenum
TANDA-TANDA

Ulser dalam organ merupakan tanda-tanda penyakit yang mudah diperhatikan.

Tanda utamanya ialah sakit perut, rasa hati terbakar, mual, muntah dan tertekan pada setiap hari.

Gastrik pula bermula daripada perut, pertumbuhan ulser dalam duodenum biasanya bermula daripada sebelah bawah kanan perut. Kadang kala sakit bermula selepas sahaja makan, tetapi kebanyakkannya mula sakit selepas 3 jam atau sakit apabila perut mula kosong. Jadi kita perlukan sedikit makanan untuk mengurangkan kesakitan.

Bahagian berkaitan akan berlubang sekiranya ulser dalam organ tersebut dibiarkan sahaja. Perut dan duodenum akan berlubang dan berdarah. Darah akan keluar melalui muntah sekiranya tidak ianya akan keluar melalui pembuangan najis. Najis yang berdarah berwarna gelap dan darah keluar secara berlebihan. Keadaan pesakit pada ketika sudah dianggap serius.

Pada ketika ini, pesakit perlu berjumpa doctor.

PUNCA
Membran sekitar perut dan duodenum telah melarut.

Terlarut disebabkan antaranya oleh minuman beralkohol, kopi, rempah, makanan manis dan masam juga merokok akan menyebabkan ransangan bagi membrane tersebut.

Selain itu juga terdapat punca lain yang menyebabkan ulser dalam organ, iaitu kelebihan asid amino yang disebabkan oleh tekanan.

Asid amino merupakan asid yang kuat, berfungsi untuk membasmi kuman yang masuk ke dalam perut oleh makanan. Penghasilan asid amino yang berlebihan akan menyebabkan membran dinding akan dilarutkan.

Apabila kita merasa tertekan atau berlakunya masalah dalam perhubungan, maka perut akan mempercepatkan penghasilan asid amino, ianya akan menyebabkan kekejangan dalam perut yang akhirnya terjadinya penyakit gastrik dan duodenum.

Terdapat juga penghidap penyakit ini disebabkan oleh keadaan semulajadi badannya. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya penghidap mengambil bahan ransangan atau mengalami tekanan.

CARA RAWATAN
Sekiranya tanda-tanda seperti muntah dan pendarahan ketika pembuangan najis, maka rawatan menggunakan Bamboo salt  sahaja tidak mencukupi. Jika keadaannya tidak serius, maka pemakanan yang berzat dan rehat yang cukup perlu diberi perhatian.

Pengambilan segelas air yang dicampur dengan satu sudu kecil Bamboo salt pada setiap hari akan membantu mengurangkan kesakitan.

Disamping itu, meletakkan ½ sudu kecil Bamboo salt ke dalam mulut ( Kemam/Kulum ) sebanyak beberapa kali.

Bamboo Salt membantu merawat penyakit

BAB 3 KEUPAYAAN GARAM BULUH MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT MASA KINI.

Kebaikan dan Keburukan Akibat Pembangunan

Sains telah mempercepatkan pembangunan dan membawa kepada kesenangan dan keselesaan dalam kehidupan seharian kita.

Dahulu kita perlukan masa sehingga sebulan, kini hanya beberapa jam untuk sampai ke destinasi, makanan yang mudah rosak kini dapat disimpan dengan begitu lama didalam peti sejuk, dengan mengunakan telefon kita dapat berhubung dengan kenalan yang berada beribu batu jauhnya. Ini kemudahan yang telah kita capai, semua yang pada mulanya mustahil, kini adalah keperluan harian yang perlu dimiliki.

Bekerja selama 8 jam sehari sudah menjadi rutin asas bagi setiap orang. Bangun awal pagi, kemudian menaiki LRT dan sampai ke pejabat.

Kita tidak lagi perlu menaiki bot ataupun menunggang kuda, kita kini dihantar atau dibawa oleh perkhidmatan awam yang lebih cekap dan efisien, LRT, bas atau teksi, bagi mereka yang tidak cukup tidur, pengangkutan awam ini amat sesuai kerana mereka dapat berehat seketika sebelum sampai ke pejabat.

Habis daripada bekerja, ada yang melakukan aktiviti lain sebelum sampai ke rumah ada juga yang terus saja pulang ke rumah, bersihkan diri, makan kemudiannya tidur untuk persediaan esok hari.

Hidup memang menyeronokkan, namun masih terdapat perkara-perkara yang merunsingkan, kehadiran penyakit-penyakit yang tidak pernah dengari sebelum ini semakin menjadi-jadi.

Punca utamanya adalah daripada perubahan kepada masyarakat, ketegangan, tekanan, pencemaran udara, bahan pengawet dan pelbagai lagi penyakit yang masih tiada ditemui penawarnya.

“ Zaman dahulu tiada penyakit seperti ini …” kata-kata sedemikian kian kedengaran.

Kanser merupakan pembunuh utama pada abad ini.
Punca kanser adalah daripada pelbagai sebab, antaranya disebabkan oleh pemakanan. Akibat daripada ketidakseimbangan pemakanan, maka kanser mula menyerang.

Kini kita dapat menikmati makanan yang bermusim sepanjang tahun. Penghasilan makanan yang sebegini sebenarnya memerlukan kadar penyemburan dan penyerapan racun yang tinggi.

Selain itu, daging yang diimport juga terdedah kepada bahaya pencemaran racun. Kajian di Eropah membuktikan bahawa suntikan imunisasi bagi mempercepatkan pertumbuhan haiwan mengakibatkan kanser tertentu.

Pembangunan telah membawa pelbagai kebaikan kepada kehidupan seharian kita agar lebih senang dan selesa. Namun pembangunan teknologi dan sains telah juga mengundang kepada pelbagai pencemaran yang terpaksa digadaikan demi keselesaan kehidupan.

Marilah kita tinjau bersama-sama cirri-ciri pelbagai penyakit dan cara bagaimana Hai-O Biosalt Garam Buluh dapat membantu merawatnya.

Darah Tinggi Dan Garam

2.3 HUBUNGAN PENGAMBILAN GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI


Semenjak tekanan darah tinggi dan pengambilan garam dikaitkan secara serius, kebanyakkan negara-negara diseluruh dunia telah menggantikan tabiat pemakanan dengan mengurangkan garam.

Adakah fakta dan cara ini benar ?

Pakar dalam bidang tekanan darah dan jantung dari Jepun memberikan pendapat berdasarkan kajian beliau iaitu 100 orang yang mengurangkan pengambilan garam demi menurunkan tekanan darah hanya 2-3 orang sahaja yang berjaya. Bakinya adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi yang tidak bergantung dengan garam.

Hasil daripada pengurangan pengambilan garam hanya membawa penurunan sebanyak 1-2 µm daripada 100 µm tekanan darah. Paksaan terhadap penurunan tekanan darah hanya akan membawa kesan yang lebih buruk.

Formula [ Penghidap Tekanan Darah Tinggi = Kurangkan pengambilan garam ] adalah keputusan hasil daripada ujikaji yang dijalakan terhadap tikus. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Amerika.

Beliau telah memberikan 20g – 30g garam kepada 10 ekor tikus dengan melarutkan garam dalam air minuman berkepekatan 0.01%. Selepas 6 bulan, didapati 4 ekor tikus telah dijangkiti tekanan darah tinggi.

Keputusan daripada ujikaji ini telah mempengaruhi kajian seterusnya. Seorang pakar telah menjalankan ujikaji berkaitan hubungan antara kuantiti pengambilan garam dan bilangan penduduk yang menjangkiti tekanan darah tinggi di Jepun. Beliau telah mendapat keputusan bahawa [ kuantiti pengambilan banyak = tekanan darah tinggi ].

Akan tetapi, mereka tidak memberikan penilaian terhadap bilangan tikus yang dijangkiti tekanan darah tinggi, ianya adalah kurang daripada setengah. Walaupun tikus-tikus tersebut diberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan garam yang tinggi namun ianya tidak menjadikan kesemua tikus menghidapi tekanan darah tinggi. Kesimpulannya ialah, majoriti penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah terdiri daripada golongan yang mewarisinya melalui keturunan.

Terapi Mengurangkan Garam
Tekanan darah dibahagikan kepada 2 jenis, Pertama diwarisi daripada keturunan dan kedua, daripada masalah buah pinggang, perubahan hormon atau kegemukan.

90 % daripada pesakit tekanan darah tinggi adalah daripada golongan yang pertama. Ianya tidak boleh diturunkan atau disembuhkan dengan mengurangkan pengambilan garam.

10 % lagi adalah daripada golongan kedua. Bagi golongan ini, pengurangan pengambilan garam memberikan kesan buat mereka.

Garam buatan tidak mengandungi kalium yang dapat mengawal tekanan darah tinggi berbanding garam buluh selain kaya dengan dengan berbagai mineral yang lain.

Mari kita bincangkan sedikit tentang keburukan mengurangkan pengambilan garam.

Garam merupakan mineral yang amat penting dalam mengekalkan tenaga untuk badan, kita perlu mengawal kandungan garam dalam badan kita.

Kekurangan garam akan memberikan masalah pada badan. Manusia terbentuk daripada sel. Untuk membolehkan sel berfungsi secara optimum, vitamin dan garam diperlukan.

2 tanda kekurangan garam adalah :

      1. Kekurangan tenaga.
      2. Lemah
      3. Keletihan

mengurangkan pengambilan garam akan menjadikan kita sentiasa berasa keletihan dan mengantuk. Apabila ianya semakin serius, kita akan berasa kebas seluruh badan.

Kesimpulan daripada pengurangan pengambilan garam untuk merawat atau mencegah darah tinggi akan membawa kesan sebaliknya. Kita mungkin membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

Ini disebabkan garam merupakan komponen utama dalam badan kita. Seorang askar Filipina tidak makan dan minum selama beberapa hari telah sampai ke pinggir sebuah pantai. Apa yang dia lakukan ? Berenang ? Menangkap ikan ? Atau mencari rumpai laut untuk dimakan ?

Sebenarnya dia minum air laut sehingga kenyang. Keadaan ini sukar untuk digambarkan. Kita pernah terminum air laut dan rasanya amat masin. Tetapi bagi mereka yang kelaparan dan kehausan, air laut merupakan makanan dan minuman yang cukup enak !

Ini kerana air laut mengandungi garam dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Nasihat kami, hentikan pengambilan garam buatan yang murah tetapi mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan, bertukarlah kepada Garam buluh Biosalt, kerana ianya adalah garam sebenar yang badan perlukan, dan ianya juga adalah titik permulaan kepada penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

Kandungan Bamboo Salt

2.2 KANDUNGAN UTAMA DALAM GARAM BULUH DAN KESANNYA.


Kita ketahui sebelum ini bahawa garam semulajadi mempunyai kesan yang terbaik berbanding garam buatan yang murah di pasaran. Dengan itu terciptalah Garam Buluh.

Garam buluh kaya dengan kandungan zat dan mineral yang tidak dimiliki oleh garam buatan yang kin imenjadi amalan pemakanan kita. Berikut adalah penjelasan tentang kandungan zat yang terdapat didalam Garam buluh.

NATRIUM
Merupakan ion positif. 2/3 daripada kandungan Natrium terdapat didalam tulang dan gigi manusia dan bakinya didalam darah. Natrium berfungsi mengawal kealkalian bendalir dan juga mengawal tekanan keterlarutan serta meningkatkan fungsi sistem saraf dalam menghantar maklumat ( impuls ).

Natrium yang berlebihan akan menyebabkan penyakit berbahaya tetapi sekiranya berkurangan, ianya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Pertama, tulang dan gigi akan menjadi rapuh seterusnya darah menjadi kurang. Apabila serius ianya akan menjadikan fungsi sel dan seks menjadi lemah. Selain itu kekejangan otot, rasa mual, muntah, cirit birit dan sakit kepada adalah antara tanda-tanda kekurangan Natrium.

KLORIN
Ion negatif, kandungan utama dalam otak, bendalir tulang sum-sum dan perut. Ianya menggunakan protein dalam perut untuk mengawal kuasa larutnya.

Kekurangan selera makan, ketidakhadaman, mual dan cirit-birit adalah kesan akibat daripada kekurangan klorin.

KALIUM
Kalium berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan gabungan gula, hati dan protein.

Natrium merupakan musuh kepada penyakit tekanan darah tinggi. Apabila pengambilan Natrium berlebihan, Kalium akan menyingkirkan Natrium keluar daripada badan. Jika sebaliknya berlaku, fungsi Kalium akan menurun.

Tanda-tanda kekurangan kaliaum adalah berlakunya pengecutan otot dalam jantung dan sistem pernafasan, ketidakhadaman, sakit kepala, mual, muntah, cirit birit dan mudah pemarah.

KALSIUM
99% Kalsium bertujuan untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi. 1% akan menjadi ion positif yang larut dalam darah untuk membantu dalam pembekuan darah, penghasilan hormon, pembelahan sel ( sel division ), antibodi, meningkatkan penghantaran maklumat ( sistem saraf ) serta pembentukan susu ibu.

Kekurangan kalsium akan membawa kepada osteoporosis, tekanan darah tinggi, pengerasan arteri, keletihan, ketidakstabilan perasaan, kulit tidak cantik dan alergi.

MAGNESIUM
Magnesium berfungi untuk menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan pun di hempedu serta meningkatkan fungsi otot dan sistem saraf.

Selain itu akibat daripada kekurangan magnesium adalah tanda-tanda seperti botak dan penyakit kulit. Risiko serangan jantung juga meningkat.

FERUM
Memainkan peranan penting dalam penggabungan sel darah merah dan pigmen merah. Fungsi pigmen merah adalah membawa oksigen. Jad, pigmen merah tidak dapat dihasilkan ketika kekurangan Ferum, maka berlakulah keadaan kekurangan oksigen dalam badan. Tanda-tanda seperti muka pucat, asma dan kesejukan adalah tanda yang muncul akibat daripada kekurangan FERUM.

Ferum merupakan mineral yang sukar diterima oleh badan terutamanya, wanita. Akibat daripada kehilangan darah yang banyak ketika haid, pengambilan Ferum wajarlah diambil perhatian.

Pengambilan ferum yang cukup akan meningkatkan antidbodi, menghilangkan keletihan serta mencegah anemia.

PLUMBUM
Berfungsi untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi, ianya juga berfungsi membantu metabolisma Kalsium. Kekurangan selera makan dan kesakitan sendi adalah disebabkan kekurangan Plumbum.

SULFUR
Mineral utama dalam penggabungan protein. Selain itu, Sulfur juga membantu dalam penghasilan hormon dan pengaktifan vitamin juga meneutralkan kesan dadah dalam badan. Ini dapat membantu menghalang daripada serangan virus. Sulfur juga adalah faktor utama dalam pembentukan insulin dan bendalir dalam pundi hempedu.

Kekurangan sulfur akan menyebabkan badan menjadi lemah, berlakunya masalah penghadaman dan halangan dalam pertumbuhan.

LEMAK BULUH
Sejak daripada dahulu, penduduk Jepun telah menggunakan buluh untuk menyimpan makanan. Daun buluh berfungsi untuk membasmi kuman.

Lemak buluh berfungsi untuk menurunkan suhu badan.

TANAH
Seperti yang kita ketahui, tanah membekalkan kandungan zat bagi tanaman. Apabila berlakunya kemarau, selepas kehabisan semua bekalan makanan, manusia boleh makan tanah. Tanah boleh dimakan dan dapat membantu mengekalkan suhu badan.

Tanah yang digunakan dalam penghasilan garam buluh dari Korea, adalah tanah yang sangat baik dan berfungsi mengurangkan cirit birit dan sakit perut.

Semasa penghasilan Garam Buluh, tanah kuning digunakan menyaluti mulut buluh yang telah diisikan garam. Selepas proses pembakaran, kandungan zat dalam tanah akan menyerap ke dalam garam.

LEMAK POKOK PAIN
Berfungsi dalam menjaga organ dalaman dan mengurangkan demam serta mempunyai kesan yang baik dalam pembasmian kuman.

Proses penghasilan garam buluh juga menggunakan lemak pokok pain yang disapu dipermukaan buluh, selain daripada meningkatkan suhu, ianya juga berfungsi dalam penyerapan zat berguna ke dalam garam.

Disebabkan oleh tubuh manusia bukan mesin, maka kita tidak boleh menambah pelincir atau menukar skru semasa badan kita bermasalah. Kita perlu merawat badan kita berdasarkan cara yang fitrah, semulajadi.


Tujuan penerangan fakta sebegini bukanlah bermaksud menidakkan atau melemahkan penggunaan kaedah perubatan moden namun kita semua telah maklum tentang gejala akibat terlalu bergantung kepada teknologi dan ubat.

Garam bukan sahaja berguna dalam merawat banyak penyakit tetapi juga boleh meningkatkan stamina dan tenaga badan. Kalau kita boleh memanfaatkan penggunaan garam buluh secara sepenuhnya, bukankah kita telah mengambil langkah untuk mengembalikan kesihatan badan kita secara optimum dan semulajadi.

TERAPI BAMBOO SALT

BAB 2 CARA PENGAMBILAN GARAM BULUH YANG UNIK


2.1 TERAPI MENURUT PENYAKIT

Garam buluh mempunyai banyak kelebihan kerana ianya berasaskan semulajadi. Garam Buluh yang diamalkan dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya :


1. Penyakit Organ Dalaman Gastrik, ulser dalam duodenum, kanser hati

2. Kanser Kanser hati, kanser esofagus, kanser lidah, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payu dara, kanser uterus, kanser rektum, kanser usus, tumor.

3. Penyakit berkaitan Pernafasan Tracheitis ( Trakea ), Pneumonia, asma

4. Penyakit yang boleh tersebar Cacar, culosis

5. Penyakit kulit Campak, Ekzema, ruam panas, jerawat, tumor dan kaki berbau.

6. Penyakit Berbahaya Tekanan Darah Tinggi, Diabetes

7. Penyakit Mata Katarak, Glukoma, membrane.

8. Penyakit Telinga dan hidung. Hidung dan telinga bernanah

9. Lain-lain Kerosakan gigi, selsema, strok, luka akibat terbakar, buasir, cirit-birit dan badan berbau.

Di Korea, garam buluh digunakan untuk menghilangkan bau mulut, badan, masalah kemurungan ( depressed ) dan keracunan makanan. Keberkesanan garam buluh adalah terbaik bagi membantu merawat semua jenis penyakit yang tersenarai diatas.

Kebiasaannya, kita tidak bertanya kepadaa doktor tentang tujuan ubat yang diberikan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa keberkesanan ubat yang diberikan dapat dilihat dalam masa seminggu. Berdasarkan kadar penyembuhan penyakit yang dialami doktor seterusnya akan menyarakan sama ada dos perlu dikurangkan, ditambah atau pertukaran jenis ubatan.

Ini adalah ubat yang dihasilkan berdasarkan penyakit dan hanya pakar perubatan dan kajian dapat mengingati setiap fungsi ubatan yang dihasilkan.

Garam buluh adalah dikecualikan. Garam buluh sesuai digunakan untuk membantu merawat kebanyakkan jenis penyakit. Walaupun cara dan dos pengambilan Garam Buluh adalah berbeza mengikut penyakit, namun ianya tidak memerlukan sebarang ubatan lain dan jangkamasa pengambilan tidak terhad.

Penggunaan Garam Buluh dalam terapi telah dilakukan dalam banyak kes tetapi belum digunakan secara meluas oleh itu jangkamasa kesannya tidak dapat ditentukan secara tepat, seperti “2-3” hari atau “satu minggu”

Selain itu, perbezaan tahap penyakit, jantina, umur, kesihatan badan dan sifat badan juga merupakan faktor yang perlu diberikan perhatian. Perbincangan akan diteruskan dalam Bab 5 yang bakal membincangkan pengalaman para pesakit. Pembaca juga boleh menjadikan Bab 5 sebagai rujukan.

KEUNIKAN GARAM BULUH

1.9 RAHSIA & KEUNIKAN GARAM BULUH


Sekarang kita telah ketahui bahawa Garam Buluh dihasilkam melalui pembakaran buluh dapat membantu merawat masalah ketidakhadaman dengan mengambil sesudu garam bulh dan diletakkan ke dalam mulut. Ini dapat meningkatkan fungsi sistem penghadaman kita. Selain itu, ianya juga dapat digunakan untuk mencuci luka dan mata bagi meningkatkan tahap penglihatan.

Dalam deria rasa lidah manusia, masin merupakan rasa terpenting. Dengan itu, kentang goreng, makanan yang diawet, cip kentang, sos, kicap dan lain-lain diletakkan garam supaya ianya menjadi lebih enak selain tahan lama.

Namun demikian, kebanyakkan penyakit dewasa ini berpunca daripada pengambilan garam yang berlebihan maka kita perlu mengawal cara pemakanan kita. Ini adalah disebabkan garam yang digunakan di pasaran merupakan garam buatan yang kita memang sedari, amat merbahaya. Selain daripada tabiat pemakanan dan kekurangan senaman, punca utama penyakit adalah disebabkan oleh garam yang dimakan.

Garam, contohnya yang digunakan di negara Jepun, Amerika tidak ketinggalan Malaysia adalah garam buatan yang mempunyai kandungan Zink yang kurang. Zink adalah bertujuan untuk meningkatkan fungsi insulin. Di Amerika, 1 daripada 3 orang rakyatnya adalah pengidap DIABETES !

Apakah dengan menukar pengambilan garam daripada garam buatan kepada garam semulajadi kita dapat mencegah pelbagai penyakit yang merbahaya dewasa ini ?

Garam semulajadi mempunyai kesan yang berbeza berdasarkan cara pemprosesan dan tempat ianya diproses.

Dengan itu, harapan kita dapat direalisasikan dengan Garam Buluh.

Ketika sukan olimpik Seoul 1988 di Korea, garam buluh digunakan secara meluas dalam masakan yang dibekalkan kepada semua peserta, pegawai dan pengunjung. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Semua hotel bertaraf mewah telah menggantikan garam buatan kepada garam buluh walaupun berlakunya peningkatan kos.

Adakah anda berani menjimatkan wang yang sedikit demi meningkatkan risiko kesihatan anda terhadap penyakit-penyakit yang dibincangkan sebelum ini ?

Semua orang perlukan kesihatan dan bukanlah kesakitan.

Semenjak akhir-akhir ini garam semulajadi telah mula mendapat sambutan yang baik. Namun begitu. Makanan yang dijual di pasaran masih lagi menggunakan garam buatan. Oleh itu hendaklah kita mempastikan hanya makanan yang dicampurkan garam buluh sahaja sesuai untuk kita nikmati.

Garam buluh merupakan sejenis bahan makanan tradisional cukup bermanfaat dan telah diamalkan semenjak ribuan tahun lampau oleh negara Korea.

Seterusnya kita akan membincangkan tentang keistimewaan garam buluh dalam bab-bab berikutnya.
1.8 PROSES PEMBUATAN GARAM BULUH


Garam buluh yang dibakar berulang kali akan berubah warna daripada putih kepada kelabu. Pada setiap pembakaran, lemak pokok pain akan disapukan dibahagian atas buluh bertujuan meningkatkan suhu melebihi 1000oC dicapai. Apabila suhunya mencapai beberapa ribu darjah celcius, garam akan mengalir keluar dan berkumpul dibawah kawah. Larutanya akan membeku. Kemudianya garam tersebut diproses menjadi serbuk halus. Fizikal garam buluh yang dihasilkan adalah sama dengan garam garam buatan, namun ianya memerlukan masa dan tenaga untuk dihasilkan.

Garam yang diambil daripada pesisir pantai Korea dibakar berulang kali untuk mengeluarkan kandungan logam berat dan toksin yang berada didalamnya.

Pada setiap pembakaran, bahan yang merbahaya akan berkurangan dan bahan berfaedah semakin bertambah, akhirnya kandungan sulfur dalam buluh akan dapat diserap.

GARAM SEMULAJADI, BIO SALT

1.7 GARAM SEMULAJADI, BIO SALT ( GARAM BULUH )


Sejak 1500 tahun yang lalu, negara Korea telah memulakan proses menghasilkan garam buluh. Garam semulajadi diambil daripada lautan, dimasukkan ke dalam buluh, dilitupi dengan tanah liat kemudiannya dibakar. Hasil daripadanya digunakan untuk pelbagai jenis produk lain antaranya ubat gigi dan ubat bagi membantu masalah penghadaman.

Proses penghasilan garam buluh ini menggunakan bahan semulajadi sahaja tanpa bahan kimia. Buluh berusia 3 tahun dipotong melintang mengikut urutan ruasnya, garam lautan diisi penuh ke dalam buluh dan ditutup dengan lapisan tanah liat yang diambil 20 meter dari dalam tanah.

Garam buluh yang siap menjalani proses ini akan dibakar didalam ketuhar yang besar. Pembakaran hanya menggunakan kayu pokok pine tanpa menggunakan gas. Pokok pine digunakan kerana mempunyai lemak yang baik bagi meningkatkan nilai ubatan garam buluh.

Apabila garam dan buluh yang dibakar tadi hancur menjadi debu, ianya melarut menjadi ketukan berbentuk silinder, dibersihkan, seterusnya dimasukkan lagi ke dalam buluh dan dilitupi tanah liat kemudian dibakar sehingga proses ulangannya mencapai sehingga 9 kali.

Inilah cara penghasilan garam semulajadi, garam buluh, BIOSALT !

AKIBAT KEHILANGAN GARAM SEMULAJADI

1.6 KESAN AKIBAT KEHILANGAN GARAM SEMULAJADI


Pada tahun 1971, kerajaan telah menggubal undang-undang bertujuan untuk meningkatkan pemodenan dalam negara. Menurut undang-undang ini, penghasilan garam semulajadi yang dihasilkan secara tradisional telah dihentikan.

Garam buatan yang mempunyai 100 % Natrium Klorida mula menjadi garam pilihan untuk kegunaan dalam masakkan.

Garam merupakan keperluan harian maka harganya dikawal oleh pihak kerajaan ini bagi membolehkan semua orang berkeupayaan menggunakannya. Berdasarkan permintaan dan keperluan yang tinggi maka garam buatan dihasilkan. Penghasilan garam semulajadi dihentikan kerana ianya mengambil masa 1-2 minggu untuk dihasilkan. Berbanding garam buatan, garam semulajadi bukan sahaja mengambil masa yang panjang juga kos yang tinggi kerana keseluruhan prosesnya dilakukan menggunakan tenaga manusia.

Penggunaan garam buatan telah membawa kepada kemunculan beberapa jenis penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang sukar dirawat.

Pakar-pakar perubatan telah memerhatikan garam semulajadi dan mencipta sejenis sari laut untuk merawat penyakit-penyakit baru yang muncul.

Selepas penswastaan Jabatan Pengawalan di Jepun, garam semulajadi telah mula dijual. Garam-garam tersebut diimport daripada Australia dan Mexico antaranya. Ianya juga bukanlah garam semulajadi kerana mempunyai campuran garam buatan dan mineral namun kualitinya lebih baik daripada garam buatan.

Kini, garam semulajadi telah dihasilkan secara komersial. Penghasilannya adalah disebabkan oleh keperluan dan kemampuannya membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya adalah garam semulajadi dari Korea.

KESAN GARAM TERHADAP SISTEM BADAN MANUSIA

1.3 KESAN GARAM TERHADAP SISTEM BADAN MANUSIA


Mari kita lihat beberapa kesan garam semulajadi terhadap beberapa jenis penyakit.

  • Penyakit kulit kering
Sabun tidak berfungsi secara total untuk mengatasi masalah kekeringan kulit. Garam semulajadi dapat membantu mengatasi masalah ini. Caranya ialah dengan melarutkan garam ke dalam air, rendamkan tuala kecil kemudian sapukan di bahagian berkaitan. Selepas 2-3 minit, cucikan bersama air bersih.

Gunakan larutan yang rendah dan dipertingkatkan selepas beberapa kali. Di samping itu meminum larutan garam sebanyak 3 kali sehari selama seminggu akan menghentikan kegatalan kulit dan selepas 6 bulan penyakit ini akan sembuh sepenuhnya.

  • Kekejangan bahu dan kebas belakang leher
Penyakit ini jika berlarutan akan membawa kepada sakit kepada dan muntah-muntah, oleh itu, sapukan garam semulajadi dibahagian belakang badan. Selepas 5 minit peluh dan juga bahan buangan yang terkumpul di bahagian ini akan diserap oleh garam semulajadi.

Dilakukan beberapa kali, masalah ini akan berkurangan dan dalam masa yang sama sistem peredaran darah akan diperbaiki. Menghindarkan daripada selsema dan tekanan darah tinggi.



Penurunan nilai glukosa dalam darah

Insulin yang dihasilkan oleh pankreas berfungsi membawa glukosa yang larut dalam darah ke seluruh sel. Apabila nilai glukosa dalam darah bertambah, kita akan mengalami kekurangan insulin dan glukosa akan berkumpul didalam darah.

Apabila nilai glukosa terlalu tinggi, glukosa akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing dan ini adalah punca utama DIABETES atau kencing manis. Dengan ini kita mengetahui bahawa insulin merupakan faktor utama dalam mengawal nilai glukosa dalam darah. Garam semulajadi mengandungi ZINK yang boleh meningkatkan fungsi insulin. Selepas garam buatan digantikan dengan garam semulajadi dalam masakan harian, dalam tempoh 2 hingga 3 bulan nilai glukosa akan kembali berada pada tahap normal.

Tekanan darah tinggi

Antara kesan garam semulajadi ialah menstabilkan tekanan darah. Natrium merupakan faktor penyebab bagi tekanan darah tinggi, kandungan Kalium yang tinggi dalam garam semulajadi dapat menyingkirkan Natrium daripada badan. Ini kerana natrium yang tinggi akan menyebabkan arteri menjadi keras ini akan menyukarkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan terutamanya bahagian otak. Oleh itu penggunaan garam semulajadi menggantikan garam buatan adalah keputusan terbaik.

Hepatitis ( Penyakit berkaitan hati )

Hepatitis-A merupakan penyakit yang menjangkiti melalui makanan dan juga perkakasan makanan dan ianya mudah disembuhkan. Hepatitis-B adalah penyakit yang disebabkan oleh transfusi darah, suntikan dan juga hubungan kelamin yang membawa masuk virus ke dalam system badan. Hepatitis-B tergolong dalam jenis penyakit kronik. Sembelit merupakan musuh utama kepada penyakit hati. Hepatitis A boleh bertukar kepada Hepatitis B sekiranya tidak dirawat, hati boleh menjadi keras.

Oleh itu, garam semulajadi yang kaya dengan vitamin boleh meningkatkan metabolisme badan dan sistem pencernaan disamping membantu menghalang virus daripada terus membiak.

Mencantikkan Kulit

Mengurut muka bersama garam semulajadi akan menghindarkan bintik hitam dan jerawat. Kerana ianya akan membersihkan muka dan mengeluarkan kotoran melalui peluh.

Sekiranya garam semulajadi disapukan kepada kulit selama 2-3 hari, kita akan dapati kulit menjadi lebih licin dan cantik.

Masalah Kaki berbau

Ianya berpunca daripada kuman dan parasit pada kulit. Ini biasa berlaku kepada kaki yang mudah berpeluh atau pemakaian kasut sepanjang hari pembiakan kuman berlaku dalam keadaan lembab.

Sejak zaman dahulu lagi,, manusia menggunakan garam untuk membasmi kuman. Sayuran dan ikan diawet menggunakan garam untuk tahan lebih lama.

Kita boleh sapukan garam semulajadi kepada kaki yang berbau, selepas 2-3 minit, bersihkan. Amalkan selama seminggu, kaki tidak akan berbau lagi.

Melalui perbincangan dan penerangan diatas, kita dapat memahami keistimewaan garam semulajadi. Walaupun penerimaan masyarakat yang biasa menggunakan garam buatan adalah sukar, namun apa yang dipersembahkan adalah fakta yang tidak mungkin dapat disanggah kebenarannya.

Pada abad ini, perubatan tradisional Cina mendapat sambutan dan semakin mendapat perhatian daripada dunia perubatan barat. Ini disebabkan oleh tiada penemuan baru terhasil daripada kajian perubatan barat. Tambahan pula kesan daripada perubatan barat hanya dapat disahkan selepas menjalani pelbagai kajian dan ujian. Dalam tempoh ini, sudah pastinya ramai pesakit runsing tentang keadaan kesihatan masing-masing.

Cara penyelesaian pertama adalah bergantung kepada penemuan ubat baru yang tidak diketahui keberkesanannya, dan cara penyelesaian kedua adalah makanan daripada alam semulajadi untuk memperbaiki kesihatan badan.

Sekiranya anda menghidapi penyakit, cara penyelesaian yang manakah menjadi pilihan anda ?

Pengambilan ubat-ubatan akan pastinya membawa kesan sampingan. Semakin tinggi kesan terhadap badan semakin tinggi jugalah kesan sampingan yang bakal kita hadapi.

Garam semulajadi boleh disifatkan sebagai mengandungi unsur ubatan. Amalan dan cara penggunaan pada dos yang betul tidak akan membawa apa-apa kesan sampingan. Jika terdapat kesan sampingan, maka ianya merupakan kesan sampingan yang baik. Garam semulajadi tidak akan membawa sebarang kesan sampingan kepada semua penyakit. Kenapa ini boleh terjadi ?

Ini adalah disebabkan semua kehidupan di bumi berasal daripada lautan.

GARAM SEMULAJADI BEGITU BERKESAN

1.2 PENGGUNAAN GARAM SEMULAJADI BEGITU BERKESAN !


Sejak kebelakangan ini, media di Jepun dan Korea juga di kebanyakkan negara maju banyak menerbitkan artikel berkaitan kesihatan dan kebanyakkannya merujuk kepada soal pemakanan. Terdapat kajian yang cukup menyeluruh tentang garam yang dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara yang dilaporkan oleh artikel-artikel kesihatan tersebut adalah :

 Tahap keberkesanan mencapai 90% bagi pesakit alahan kulit.

 Tekanan darah tinggi dapat dielakkan

 Menstabilkan tekanan darah dan menurunkan jumlah glukosa dalam darah.

 Berupaya membantu menyembuhkan keadaan urat mata berdarah serta mata berair.

 Simptom-simptom Hepatitis B selama 10 tahun dapat dikurangkan.

 Membantu menghilangkan kekejangan bahu, kebas pada belakang leher dan migrain.

 Membantu menghilangkan bintik hitam di muka, mengurangkan keguguran rambut.

 Membantu menyembuhkan penyakit berkaitan fungus.

Ini adalah kesan penggunaan garam semulajadi.

Penyakit berkaitan kulit selalunya menghidapi penduduk bandar, namun ianya amat jarang malahan tidak pernah langsung berlaku kepada para penduduk berhampiran pantai. Ini kerana mereka seharian menjadikan air laut sebagai tempat riadah. Mandi laut sebenarnya adalah satu terapi. Pencemaran daripada kilang melalui buangan juga daripada kapal-kapal menjadikan air laut kini tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai sumber minuman dan rawatan.

Bagi penghidap darah tinggi, faktor utama tekanan adalah disebabkan oleh kandungan Natrium. Garam semulajadi mempunyai kandungan Natrium yang rendah jadi kita boleh andaikan bahawa garam semulajadi boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Buah-buahan pula mengandungi kandungan kalium yang tinggi dan mineral ini boleh menyingkirkan Natrium. Garam semulajadi mengandungi kelebihan 18 kali lebih kuat untuk menyingkirkan Natrium berbanding garam buatan. Oleh itu, kita rumuskan bahawa garam semulajadi berkeupayaan membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah mata, bahu, kulit dan keguguran rambut.

GARAM DAN SIFATNYA.

1.1 GARAM AMAT DIGEMARI DI JEPUN Manusia kini semakin terdedah kepada kesan buruk akibat daripada pencemaran alam yang semakin berleluasa. Disebabkan itu, kita kini semakin berhati-hati dalam pemakanan dan mula menghargai alam sekitar.

Makanan semulajadi yang semakin popular kini adalah sayuran organik, sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia. Selain itu di kebanyakkan negara maju, selepas sayuran berorganik yang diperkenalkan, mereka kita beralih kepada asas sebenar pada makanan dan keperluan badan manusia iaitu GARAM.

Korea dan Jepun merupakan pelopor bagi penguatkuasaan penggunaan GARAM SEMULAJADI yang diproses secara manual dan teliti untuk mempastikan khasiat yang baik dapat diperolehi oleh sekalian rakyatnya demi mengurangkan kos rawatan bagi beberapa penyakit yang dapat dielakkan, contohnya darah tinggi dan diabetis.

Di kebanyakkan dapur kini, setelah puluhan tahun, kita telah menggunakan garam yang di istilahkan sebagai garam buatan. Garam buatan mengandungi 99 % Natrium Klorida ( NaCl ). Penggunaan garam ini bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia malahan di seluruh dunia. Proses penghasilannya adalah melalui proses kimia dan elektrik iaitu dengan membran pertukaran ion.

Garam semulajadi ( Garam semulajadi ) adalah lebih baik daripada garam buatan ( NaCl ). Mari kita lihat perbandingannya.

%  Zat Galian Garam semulajadi Garam Buatan

Natrium 30.7 38.4

Klorin 46.5 56.1

Kalium 0.44 0.17

Kalsium 0.29 0.016

Magnesium 1.74 0.12

Kuprum <0.001 <0.001

Zink 0.0001 <0.0004

Ferum 0.0033 0.0002

Mangan <0.001 <0.001

Arsenik <0.00001 <0.00001

Fosforus 0.0004 0.0001

Sulfur 0.77 0.50

*Maklumat daripada hasil kajian pakar Korea.

Melalui maklumat diatas, kandungan Natrium dan Klorida adalah kurang ( amat merbahaya sekiranya kadarnya terlalu tinggi atau pengambilan melebihi dos ) dan dapat juga diperhatikan bahawa kandungan zat lain seperti Kalium, Kalsium, Magnesium, Ferum, Fosforus dan Sulfur mempunyai kelebihan yang ketara. Inilah kandungan utama bagi garam semulajadi, bukan sahaja memberi faedah kepada badan manusia malah menjadikannya lebih baik dan sedap.

Produk Bamboo Salt


Dengan adunan bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semula jadi dari korea, Kopi Mineral Garam buluh dengan aroma istimewa merupakan sumber bagi magnasium yang mengelakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
Kopi Mineral Garam Buluh memenuhi citarasa para peminat kopi, membekalkan bahan mineral untuk kesihatan badan, menghilangkan keletihan dan mengelakkan tekanan.
Sangat bagus diminum bagi meraka yang mengidap darah tinggi.
Harga : Rm 25.00
Isi kandungan : 20 paket





--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kebaikan Kesihatan yang Mudah & Cepat


Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Food membekalkan kebaikan garam buluh semulajadi dalam bentuk kapsul.
Setiap kapsul menggabungkan kebaikan pelbagai mineral dan elemen mikro seperti kalsium, kalium dan sebagainya. Ia terutamanya tinggi dalam magnesium.

Garam buluh yang bersifat alkali dapat membantu mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menjaga kesihatan tubuh yang menyeluruh.
Sangat sesuai digunakan didalam masakan makanan pengidap darah tinggi.

Cara pengambilan: 2 kali sehari, 2-3 kapsul setiap kali.

Harga : RM90.00
Kandungan : 120 Kapsul x 700mg

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khasiat Semula Asli untuk Kehidupan Kini


Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro seperti magnesium, kalsium dan kalium, menyeimbangkan nilai pH badan dan membantu menyingkirkan bahan buangan badan.









 A)  Bamboo Salt Preamie Drink
Harga : Rm 130.00
Isi kandungan : 5g x 40 paket
Cara penggunaan : rujuk pada "Kaedah Rawatan"

B) Bamboo Salt Premier Cooking Powder
Harga : Rm 53.00
Isi kandungan : 200g
Cara penggunaan : rujuk pada "Kaedah Rawatan"