AKIBAT KEHILANGAN GARAM SEMULAJADI

1.6 KESAN AKIBAT KEHILANGAN GARAM SEMULAJADI


Pada tahun 1971, kerajaan telah menggubal undang-undang bertujuan untuk meningkatkan pemodenan dalam negara. Menurut undang-undang ini, penghasilan garam semulajadi yang dihasilkan secara tradisional telah dihentikan.

Garam buatan yang mempunyai 100 % Natrium Klorida mula menjadi garam pilihan untuk kegunaan dalam masakkan.

Garam merupakan keperluan harian maka harganya dikawal oleh pihak kerajaan ini bagi membolehkan semua orang berkeupayaan menggunakannya. Berdasarkan permintaan dan keperluan yang tinggi maka garam buatan dihasilkan. Penghasilan garam semulajadi dihentikan kerana ianya mengambil masa 1-2 minggu untuk dihasilkan. Berbanding garam buatan, garam semulajadi bukan sahaja mengambil masa yang panjang juga kos yang tinggi kerana keseluruhan prosesnya dilakukan menggunakan tenaga manusia.

Penggunaan garam buatan telah membawa kepada kemunculan beberapa jenis penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang sukar dirawat.

Pakar-pakar perubatan telah memerhatikan garam semulajadi dan mencipta sejenis sari laut untuk merawat penyakit-penyakit baru yang muncul.

Selepas penswastaan Jabatan Pengawalan di Jepun, garam semulajadi telah mula dijual. Garam-garam tersebut diimport daripada Australia dan Mexico antaranya. Ianya juga bukanlah garam semulajadi kerana mempunyai campuran garam buatan dan mineral namun kualitinya lebih baik daripada garam buatan.

Kini, garam semulajadi telah dihasilkan secara komersial. Penghasilannya adalah disebabkan oleh keperluan dan kemampuannya membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya adalah garam semulajadi dari Korea.

No comments:

Post a Comment