Bamboo Salt membantu merawat penyakit

BAB 3 KEUPAYAAN GARAM BULUH MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT MASA KINI.

Kebaikan dan Keburukan Akibat Pembangunan

Sains telah mempercepatkan pembangunan dan membawa kepada kesenangan dan keselesaan dalam kehidupan seharian kita.

Dahulu kita perlukan masa sehingga sebulan, kini hanya beberapa jam untuk sampai ke destinasi, makanan yang mudah rosak kini dapat disimpan dengan begitu lama didalam peti sejuk, dengan mengunakan telefon kita dapat berhubung dengan kenalan yang berada beribu batu jauhnya. Ini kemudahan yang telah kita capai, semua yang pada mulanya mustahil, kini adalah keperluan harian yang perlu dimiliki.

Bekerja selama 8 jam sehari sudah menjadi rutin asas bagi setiap orang. Bangun awal pagi, kemudian menaiki LRT dan sampai ke pejabat.

Kita tidak lagi perlu menaiki bot ataupun menunggang kuda, kita kini dihantar atau dibawa oleh perkhidmatan awam yang lebih cekap dan efisien, LRT, bas atau teksi, bagi mereka yang tidak cukup tidur, pengangkutan awam ini amat sesuai kerana mereka dapat berehat seketika sebelum sampai ke pejabat.

Habis daripada bekerja, ada yang melakukan aktiviti lain sebelum sampai ke rumah ada juga yang terus saja pulang ke rumah, bersihkan diri, makan kemudiannya tidur untuk persediaan esok hari.

Hidup memang menyeronokkan, namun masih terdapat perkara-perkara yang merunsingkan, kehadiran penyakit-penyakit yang tidak pernah dengari sebelum ini semakin menjadi-jadi.

Punca utamanya adalah daripada perubahan kepada masyarakat, ketegangan, tekanan, pencemaran udara, bahan pengawet dan pelbagai lagi penyakit yang masih tiada ditemui penawarnya.

“ Zaman dahulu tiada penyakit seperti ini …” kata-kata sedemikian kian kedengaran.

Kanser merupakan pembunuh utama pada abad ini.
Punca kanser adalah daripada pelbagai sebab, antaranya disebabkan oleh pemakanan. Akibat daripada ketidakseimbangan pemakanan, maka kanser mula menyerang.

Kini kita dapat menikmati makanan yang bermusim sepanjang tahun. Penghasilan makanan yang sebegini sebenarnya memerlukan kadar penyemburan dan penyerapan racun yang tinggi.

Selain itu, daging yang diimport juga terdedah kepada bahaya pencemaran racun. Kajian di Eropah membuktikan bahawa suntikan imunisasi bagi mempercepatkan pertumbuhan haiwan mengakibatkan kanser tertentu.

Pembangunan telah membawa pelbagai kebaikan kepada kehidupan seharian kita agar lebih senang dan selesa. Namun pembangunan teknologi dan sains telah juga mengundang kepada pelbagai pencemaran yang terpaksa digadaikan demi keselesaan kehidupan.

Marilah kita tinjau bersama-sama cirri-ciri pelbagai penyakit dan cara bagaimana Hai-O Biosalt Garam Buluh dapat membantu merawatnya.

No comments:

Post a Comment