1.7 GARAM SEMULAJADI, BIO SALT ( GARAM BULUH )
Sejak 1500 tahun yang lalu, negara Korea telah memulakan proses menghasilkan garam buluh. Garam semulajadi diambil daripada lautan, dimasukkan ke dalam buluh, dilitupi dengan tanah liat kemudiannya dibakar. Hasil daripadanya digunakan untuk pelbagai jenis produk lain antaranya ubat gigi dan ubat bagi membantu masalah penghadaman.
Proses penghasilan garam buluh ini menggunakan bahan semulajadi sahaja tanpa bahan kimia. Buluh berusia 3 tahun dipotong melintang mengikut urutan ruasnya, garam lautan diisi penuh ke dalam buluh dan ditutup dengan lapisan tanah liat yang diambil 20 meter dari dalam tanah.
Garam buluh yang siap menjalani proses ini akan dibakar didalam ketuhar yang besar. Pembakaran hanya menggunakan kayu pokok pine tanpa menggunakan gas. Pokok pine digunakan kerana mempunyai lemak yang baik bagi meningkatkan nilai ubatan garam buluh.
Apabila garam dan buluh yang dibakar tadi hancur menjadi debu, ianya melarut menjadi ketukan berbentuk silinder, dibersihkan, seterusnya dimasukkan lagi ke dalam buluh dan dilitupi tanah liat kemudian dibakar sehingga proses ulangannya mencapai sehingga 9 kali.
Inilah cara penghasilan garam semulajadi, garam buluh, BIOSALT !
No comments:
Post a Comment