Merawat Gastrik dan Ulser

Merawat Gastrik dan Ulser dalam Duodenum
TANDA-TANDA

Ulser dalam organ merupakan tanda-tanda penyakit yang mudah diperhatikan.

Tanda utamanya ialah sakit perut, rasa hati terbakar, mual, muntah dan tertekan pada setiap hari.

Gastrik pula bermula daripada perut, pertumbuhan ulser dalam duodenum biasanya bermula daripada sebelah bawah kanan perut. Kadang kala sakit bermula selepas sahaja makan, tetapi kebanyakkannya mula sakit selepas 3 jam atau sakit apabila perut mula kosong. Jadi kita perlukan sedikit makanan untuk mengurangkan kesakitan.

Bahagian berkaitan akan berlubang sekiranya ulser dalam organ tersebut dibiarkan sahaja. Perut dan duodenum akan berlubang dan berdarah. Darah akan keluar melalui muntah sekiranya tidak ianya akan keluar melalui pembuangan najis. Najis yang berdarah berwarna gelap dan darah keluar secara berlebihan. Keadaan pesakit pada ketika sudah dianggap serius.

Pada ketika ini, pesakit perlu berjumpa doctor.

PUNCA
Membran sekitar perut dan duodenum telah melarut.

Terlarut disebabkan antaranya oleh minuman beralkohol, kopi, rempah, makanan manis dan masam juga merokok akan menyebabkan ransangan bagi membrane tersebut.

Selain itu juga terdapat punca lain yang menyebabkan ulser dalam organ, iaitu kelebihan asid amino yang disebabkan oleh tekanan.

Asid amino merupakan asid yang kuat, berfungsi untuk membasmi kuman yang masuk ke dalam perut oleh makanan. Penghasilan asid amino yang berlebihan akan menyebabkan membran dinding akan dilarutkan.

Apabila kita merasa tertekan atau berlakunya masalah dalam perhubungan, maka perut akan mempercepatkan penghasilan asid amino, ianya akan menyebabkan kekejangan dalam perut yang akhirnya terjadinya penyakit gastrik dan duodenum.

Terdapat juga penghidap penyakit ini disebabkan oleh keadaan semulajadi badannya. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya penghidap mengambil bahan ransangan atau mengalami tekanan.

CARA RAWATAN
Sekiranya tanda-tanda seperti muntah dan pendarahan ketika pembuangan najis, maka rawatan menggunakan Bamboo salt  sahaja tidak mencukupi. Jika keadaannya tidak serius, maka pemakanan yang berzat dan rehat yang cukup perlu diberi perhatian.

Pengambilan segelas air yang dicampur dengan satu sudu kecil Bamboo salt pada setiap hari akan membantu mengurangkan kesakitan.

Disamping itu, meletakkan ½ sudu kecil Bamboo salt ke dalam mulut ( Kemam/Kulum ) sebanyak beberapa kali.

No comments:

Post a Comment