Mencegah penyakit Tracheitis dan Pneumonia

Mencegah penyakit Tracheitis yang membawa kepada Pneumonia

Tanda-tanda

Batuk berkahak. Demam dengan suhu yang meningkat Cuma 2-3oC. Keadaan ini boleh membawa kepada Pneumonia yang boleh membawa maut.

Punca

Selsema adalah punca utama. Selain terdedah kepada aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang adalah punca kepada penyakit kronikal.

Cara rawatan

Banyak berehat dan minum banyak air. Minum air suam yang dicampurkan garam buluh dalam sela masa satu jam.




Mengawal Pneumonia Dengan Garam Buluh

Tanda-tanda

Terdapat beberapa jenis Pneumonia. 2 daripadanya yang biasa berlaku akan kita bincangkan.

Jenis pertama yang berlaku akibat lintasan trakea. Pesakit akan demam, susah bernafas dan sakit pada bahagian dada. Suhu badan mencecah antara 38.5-39.5oC. Kuantiti kahak yang banyak. Masa yang panjang diambil untuk penyembuhan.

Jenis kedua disebabkan oleh virus. Tempoh symptom muncul dalam masa 24 – 48 jam. Pesakit akan berasa panas diikuti sejuk. Pesakit juga akan mengalami sakit pada bahagian dada, pernafasan menjadi lemah dan tidak stabil. Pernafasan menjadi sukar.

Pada hari kedua pesakit akan mengeluarkan kahak yang pekat berwarna coklat. Hari Kelima hingga ketujuh, pesakit akan mengalami perpeluhan yang banyak yang menyebabkan suhu badan turun ke tahap normal, bagi pesakit jantung, kematian adalah satu kemungkinan.

Punca

Jenis pertama adalah disebabkan oleh penyakit trachelitis. Manakala jenis kedua disebabkan oleh virus. Orang yang selalu mengalami keletihan berisiko dijangkiti. Peratusan pesakit lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita. Pengambilan alkohol juga menyumbang kepada penyakit ini.

Cara rawatan

Berehat secukupnya, minimumkan pergerakan. Suhu bilik perlu dikawal antara 18-20oC.
Makan makanan dalam bentuk cecair. Banyakkan pengambilan makanan berzat seperti susu, sup sayur dan telur tanpa masak.

Antibiotik mempercepatkan proses rawatan.

Terapi garam buluh yang digunakan adalah sama dengan penyakit trachelitis. Minum air garam buluh yang sederhana panas pada masa yang tetap dan apabila terasa kering tekak, minum sup sayur yang sederhana panas.

No comments:

Post a Comment