TERAPI BAMBOO SALT

BAB 2 CARA PENGAMBILAN GARAM BULUH YANG UNIK


2.1 TERAPI MENURUT PENYAKIT

Garam buluh mempunyai banyak kelebihan kerana ianya berasaskan semulajadi. Garam Buluh yang diamalkan dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya :


1. Penyakit Organ Dalaman Gastrik, ulser dalam duodenum, kanser hati

2. Kanser Kanser hati, kanser esofagus, kanser lidah, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payu dara, kanser uterus, kanser rektum, kanser usus, tumor.

3. Penyakit berkaitan Pernafasan Tracheitis ( Trakea ), Pneumonia, asma

4. Penyakit yang boleh tersebar Cacar, culosis

5. Penyakit kulit Campak, Ekzema, ruam panas, jerawat, tumor dan kaki berbau.

6. Penyakit Berbahaya Tekanan Darah Tinggi, Diabetes

7. Penyakit Mata Katarak, Glukoma, membrane.

8. Penyakit Telinga dan hidung. Hidung dan telinga bernanah

9. Lain-lain Kerosakan gigi, selsema, strok, luka akibat terbakar, buasir, cirit-birit dan badan berbau.

Di Korea, garam buluh digunakan untuk menghilangkan bau mulut, badan, masalah kemurungan ( depressed ) dan keracunan makanan. Keberkesanan garam buluh adalah terbaik bagi membantu merawat semua jenis penyakit yang tersenarai diatas.

Kebiasaannya, kita tidak bertanya kepadaa doktor tentang tujuan ubat yang diberikan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa keberkesanan ubat yang diberikan dapat dilihat dalam masa seminggu. Berdasarkan kadar penyembuhan penyakit yang dialami doktor seterusnya akan menyarakan sama ada dos perlu dikurangkan, ditambah atau pertukaran jenis ubatan.

Ini adalah ubat yang dihasilkan berdasarkan penyakit dan hanya pakar perubatan dan kajian dapat mengingati setiap fungsi ubatan yang dihasilkan.

Garam buluh adalah dikecualikan. Garam buluh sesuai digunakan untuk membantu merawat kebanyakkan jenis penyakit. Walaupun cara dan dos pengambilan Garam Buluh adalah berbeza mengikut penyakit, namun ianya tidak memerlukan sebarang ubatan lain dan jangkamasa pengambilan tidak terhad.

Penggunaan Garam Buluh dalam terapi telah dilakukan dalam banyak kes tetapi belum digunakan secara meluas oleh itu jangkamasa kesannya tidak dapat ditentukan secara tepat, seperti “2-3” hari atau “satu minggu”

Selain itu, perbezaan tahap penyakit, jantina, umur, kesihatan badan dan sifat badan juga merupakan faktor yang perlu diberikan perhatian. Perbincangan akan diteruskan dalam Bab 5 yang bakal membincangkan pengalaman para pesakit. Pembaca juga boleh menjadikan Bab 5 sebagai rujukan.

No comments:

Post a Comment